Welcome to KPFEP


Motto

'Akauntan Menerajui Masa Hadapan'


Visi

'Memberi peluang kepada mahasiswa/i perakaunan untuk berinteraksi bersama badan-badan luar seperti badan profesional'


Misi

'Melahirkan mahasiswa/i yang berketerampilan, berdaya saing serta mampumengharungi cabaran arus globalisasi'

_____________________________________________________________

Sunday, December 14, 2008

ACCOUNTING STUDENT CONFERENCE 2008







1 dan 2 Disember adalah tarikh dimana Accounting Student Conference 2008 diadakan di IIUM atau lebih dikenali sebagai UIA di Gombak. Seperti NAc 2008, ia adalah program yang disokong oleh MIA iaitu program yang mengumpulkan seluruh pelajar akauntan dari universiti-universiti di Malaysia.

Antara Universiti yang mengambil bahagian adalah UIA,UM,USM,UKM,UPM,KPM,UPSI.UITM dan lain-lain. Antara pengisian program ini adalah seperti forum, taklimat, LDK dan lain-lain.

Sepanjang program tersebut, pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dikehendaki untuk menginap di tempat yang disediakan oleh pihak penganjur. Selain daripada itu, pelajar-pelajar yang Nonmuslim dikehendaki memakai selendang sepanjang program tersebut diadakan memandangkan ianya diadakan di UIA. Pada progrm tersebut, pelajar-pelajar juga dihiburkan dengan artis iaitu kumpulan nasyid Mirwana pada malam kedua iaitu ketika dinner bersama ahli commitee.

Apa yang menarik dalam program ini, ia juga di sertai oleh pelajar-pelajar perakaunan dari Universitas Padjajaran Indonesia. Selain itu, hasil temubual dengan pelajar dari Indonesia tersebut, ia menyatakan bahawa ia amat menarik di Malaysia yang dapat mengumpulkan pelajar-pelajar perakaunan dari uiversiti seluruh Malaysia yang turut disertai pelajar cina dan india. Ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar di Malaysia adalah bersatu padu dlam semua aspek termasuk pelajaran.

NATIONAL ACCOUNTING CONFERENCE 2008

National Accounting Conference 2008 adalah program yang dianjurkan oleh MIA yang didakan di KLCC Kuala Lumpur. Ia adalah program yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur iaiatu program yang mengumpulkan ahli-ahli akauntan profesional dari seluruh Malaysia.

Program tersebut yang diadakan pada 24,25 dan 26 November yang lepas telah menghantar beberapa orang wakil dari UKM yang terdiri daripada ahli Kelab Perakaunan UKM itu sendiri. Selain daripada itu, ia juga turut melibatkan pelajar dari dari universiti yang lain seperti USM, UM, MMU Cyberjaya,dan UIA.