Welcome to KPFEP


Motto

'Akauntan Menerajui Masa Hadapan'


Visi

'Memberi peluang kepada mahasiswa/i perakaunan untuk berinteraksi bersama badan-badan luar seperti badan profesional'


Misi

'Melahirkan mahasiswa/i yang berketerampilan, berdaya saing serta mampumengharungi cabaran arus globalisasi'

_____________________________________________________________

Tuesday, December 29, 2009

PERHATIAN WAJIB HADIR

Taklimat pelajar perakaunan bersama DR SABRI dan DR ZALEHA adalah pada pelajar :

Tahun 2 - 4 Januari 2010 (isnin)
- 5.15 petang
- DK 5 FEP

Talimat berkaitan Latihan Industri bersama DR SABRI dan DR ZALEHA

Tahun 3 & 4 - 5 Januari 2010 ( selasa )
- 5.15 petang
- DK 5 FEP

diharap anda semua menghadiri takliamat tersebut. sila memberitau kepada rakan yang lain..
sekian harap maklum.. KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN

Thursday, December 24, 2009

KATA-KATA UNTUK HARI INI...

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.
Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor
"buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
"Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat..
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat, hanya kamu sahaja yang tahu maksud aku itu...

Wednesday, December 23, 2009

PERHATIAN

Kepada sesiapa yang ingin menjual buku terpakai yang tidak lagi digunakan bolehlah berbuat demikian.
MAKLUMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:

Tempat : DEPAN KEDAI FOTOSTAT FEP
Masa : 10am-3pm
Tarikh : 24 Dis-31Dis2009

JUALAN BUKU TERPAKAI INI AKAN BERMULA PADA 29 DIS 09 SEHINGGA 8 JANUARI 2010 . SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI

013-6352231(NORINE)

Tuesday, December 22, 2009

welcme back to UKM..

harapan dan impian kembali lagi..

walau semalam menimpa pelbagai kesakitan dan kegembiraan...

new semester, new hope...


MUTIARA KATA……..
Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.
Impian mudah dimimpikan tapi mencapainya mustahil bagi mereka yang hanya bermimpi sahaja..