Welcome to KPFEP


Motto

'Akauntan Menerajui Masa Hadapan'


Visi

'Memberi peluang kepada mahasiswa/i perakaunan untuk berinteraksi bersama badan-badan luar seperti badan profesional'


Misi

'Melahirkan mahasiswa/i yang berketerampilan, berdaya saing serta mampumengharungi cabaran arus globalisasi'

_____________________________________________________________

Sunday, January 11, 2009

HARI INTERAKSI PELAJAR TAHUN 1

Hari Interaksi Pelajar Tahun 1 Program Perakaunan

Kelab Perakaunan Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan(KPFEP) telah menganjurkan Hari Interaksi Pelajar Tahun 1 pada 10 Jan 2009 dan dihadiri oleh pelajar-pelajar tahun 1 program perakaunan seramai hampir 150 orang pelajar. Antara pensyarah yang hadir adalah Prof Madya Dr Mohamat Sabri bin Hassan Dan Dr Zaleha Binti Shukor.

Pengisian utama program ini adalah memberi penerangan dan pemahaman program perakaunan kepada pelajar-pelajar tahun 1. Walaupun terdapat sedikit permasalahan dan kesulitan yang timbul terhadap program ini, namun ianya dapat diatasi hasil perbincangan diantara pelajar-pelajar dan pensyarah terbabit.

Apa yang menarik dalam program ini adalah sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Para pelajar yang dibahagikan kumpulan mengikut nama haiwan akan membina sebuah jambatan mengikut diskripsi dan syarat-syarat tertentu disamping menilai belanjawan keatas jambatan yang dibina. Tujuan LDK ini adalah untuk menerapkan sifat seorang 'akauntan' didalam diri para pelajar disamping memupuk semangat berpasukan dan kepimpinan.


Friday, January 9, 2009

Interaksi Pelajar Tahun 1, Program Perakaunan

HARI INTERAKSI PELAJAR TAHUN SATU PROGRAM SARJANA MUDA PERAKAUNAN



TARIKH

: 10 JANUARI 2009

MASA

: 7.30 PAGI – 1.00 TENGAH

TEMPAT

: DEWAN KULIAH 2,FEP


'KEHADIRAN ADALAH WAJIB!'



ATURCARA PROGRAM



7.30 pagi – 8.00 pagi

Pendaftaran

8.30 pagi – 8.45 pagi

Ucapan Presiden KPFEP

8.45 pagi – 9.00 pagi

Ucapan Pengerusi Pusat Pengajian Perakaunan

Prof Madya Dr Mohama Sabri Hassan

9.00 pagi – 10.30 pagi

Taklimat Kursus oleh: Ketua Program Perakaunan

Dr Zaleha Abdul Shukor

10.30 pagi – 11.00 pagi

Rehat dan minum pagi

11.00 pagi – 1.00 ptg

Sesi Interaksi Bersama Kelab Perakaunan dan Pelajar Senior

1.00 ptg

Bersurai

Sunday, December 14, 2008

ACCOUNTING STUDENT CONFERENCE 2008







1 dan 2 Disember adalah tarikh dimana Accounting Student Conference 2008 diadakan di IIUM atau lebih dikenali sebagai UIA di Gombak. Seperti NAc 2008, ia adalah program yang disokong oleh MIA iaitu program yang mengumpulkan seluruh pelajar akauntan dari universiti-universiti di Malaysia.

Antara Universiti yang mengambil bahagian adalah UIA,UM,USM,UKM,UPM,KPM,UPSI.UITM dan lain-lain. Antara pengisian program ini adalah seperti forum, taklimat, LDK dan lain-lain.

Sepanjang program tersebut, pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dikehendaki untuk menginap di tempat yang disediakan oleh pihak penganjur. Selain daripada itu, pelajar-pelajar yang Nonmuslim dikehendaki memakai selendang sepanjang program tersebut diadakan memandangkan ianya diadakan di UIA. Pada progrm tersebut, pelajar-pelajar juga dihiburkan dengan artis iaitu kumpulan nasyid Mirwana pada malam kedua iaitu ketika dinner bersama ahli commitee.

Apa yang menarik dalam program ini, ia juga di sertai oleh pelajar-pelajar perakaunan dari Universitas Padjajaran Indonesia. Selain itu, hasil temubual dengan pelajar dari Indonesia tersebut, ia menyatakan bahawa ia amat menarik di Malaysia yang dapat mengumpulkan pelajar-pelajar perakaunan dari uiversiti seluruh Malaysia yang turut disertai pelajar cina dan india. Ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar di Malaysia adalah bersatu padu dlam semua aspek termasuk pelajaran.

NATIONAL ACCOUNTING CONFERENCE 2008

National Accounting Conference 2008 adalah program yang dianjurkan oleh MIA yang didakan di KLCC Kuala Lumpur. Ia adalah program yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur iaiatu program yang mengumpulkan ahli-ahli akauntan profesional dari seluruh Malaysia.

Program tersebut yang diadakan pada 24,25 dan 26 November yang lepas telah menghantar beberapa orang wakil dari UKM yang terdiri daripada ahli Kelab Perakaunan UKM itu sendiri. Selain daripada itu, ia juga turut melibatkan pelajar dari dari universiti yang lain seperti USM, UM, MMU Cyberjaya,dan UIA.