Antara Universiti yang mengambil bahagian adalah UIA,UM,USM,UKM,UPM,KPM,UPSI.UITM dan lain-lain. Antara pengisian program ini adalah seperti forum, taklimat, LDK dan lain-lain.
Sepanjang program tersebut, pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dikehendaki untuk menginap di tempat yang disediakan oleh pihak penganjur. Selain daripada itu, pelajar-pelajar yang Nonmuslim dikehendaki memakai selendang sepanjang program tersebut diadakan memandangkan ianya diadakan di UIA. Pada progrm tersebut, pelajar-pelajar juga dihiburkan dengan artis iaitu kumpulan nasyid Mirwana pada malam kedua iaitu ketika dinner bersama ahli commitee.
Apa yang menarik dalam program ini, ia juga di sertai oleh pelajar-pelajar perakaunan dari Universitas Padjajaran Indonesia. Selain itu, hasil temubual dengan pelajar dari Indonesia tersebut, ia menyatakan bahawa ia amat menarik di Malaysia yang dapat mengumpulkan pelajar-pelajar perakaunan dari uiversiti seluruh Malaysia yang turut disertai pelajar cina dan india. Ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar di Malaysia adalah bersatu padu dlam semua aspek termasuk pelajaran.