Welcome to KPFEP


Motto

'Akauntan Menerajui Masa Hadapan'


Visi

'Memberi peluang kepada mahasiswa/i perakaunan untuk berinteraksi bersama badan-badan luar seperti badan profesional'


Misi

'Melahirkan mahasiswa/i yang berketerampilan, berdaya saing serta mampumengharungi cabaran arus globalisasi'

_____________________________________________________________

Sunday, February 15, 2009

..AGM pmFEP ...


Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi Perniagaan

Alhamdulillah, pada malam yang lepas (14 Feb 2009) Mesyuarat Agung Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi Perniagaan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

pmFEP yang dibawah tampuk pimpinan saudara Fikri bin Alias dibubarkan pada malam tersebut dengan pengisytiharan Presiden PMFEP baru iaitu saudara Jaafar Bin Tukiran dan Timbalan Presiden PMFEP iaitu saudari Yee Ling.

Walaupun segelintir mahasiswa yang lewat menghadiri persidangan tersebut, ia tetap berjalan dengan lancar disamping kehadiran tetamu Kehormat Pengerusi Pusat Pengajian Perniagaan yang menggantikan Prof Dr Romlah Jaafar yang tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu.

Pada malam tersebut, Kelab Perakaunan yang dikatuai Saudara Mohamad Hafiz juga menghadiri persidangan tersebut disamping Kelab Pelajar Tahun Satu (KPTS), Kelab Perniagaan dan Kelab Ekonomi Fakulti Ekonomi Perniagaan. Kelihatan juga Presiden Kelab Keusahawanan UKM iaitu Saudara Omar bn Jaapar yang turut memeriahkan persidangan tersebut.

AGM pada kali ini menyaksikan perlantikan MT2 PMFEP sesi 2009/2010 iaitu Setiausaha agung yang disandang saudari Adilla, Timb Setiausaha Agung saudari Fatiahana, Bendahari Agung saudara Hanis Bahrurazi dan Timb Bendahari Agung saudari Liyana Kadri.

Dengan Perlantikan tampuk pimpinan baru PMFEP ini, kami amat berharap ia dapat menambahbaikan dan merpertingkatkan kebajikan-kebajikan mahasiswa mahasiswi Fakulti Ekonomi Perniagaan pada masa akan datang..





No comments: