Welcome to KPFEP


Motto

'Akauntan Menerajui Masa Hadapan'


Visi

'Memberi peluang kepada mahasiswa/i perakaunan untuk berinteraksi bersama badan-badan luar seperti badan profesional'


Misi

'Melahirkan mahasiswa/i yang berketerampilan, berdaya saing serta mampumengharungi cabaran arus globalisasi'

_____________________________________________________________

Thursday, June 4, 2009

SYARAT PERLANTIKAN PERKHIDMATAN KEWANGAN

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup
iklan jawatan;
(c) (i) ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8);

atau

(ii) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan
yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8);

atau

(iii) ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf
oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badanbadan
Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh
kerajaan.
2) dan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T9);

atau

(iv) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T10);
[Senarai Badan Ikhtisas Perakaunan yang
diiktiraf oleh kerajaan di perenggan 1(c) (ii) dan
( iii) di atas adalah seperti di Rujukan I].
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk
lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

No comments: