Welcome to KPFEP


Motto

'Akauntan Menerajui Masa Hadapan'


Visi

'Memberi peluang kepada mahasiswa/i perakaunan untuk berinteraksi bersama badan-badan luar seperti badan profesional'


Misi

'Melahirkan mahasiswa/i yang berketerampilan, berdaya saing serta mampumengharungi cabaran arus globalisasi'

_____________________________________________________________

Tuesday, May 18, 2010

17 Sifat keperibadian seorang usahawan

nak jadi jutawan sementara @ usahawan berjaya????? pilihan di tangan anda............


1. Bersemangat dan berkeinginan tinggi untuk berjaya dalam mencapai matlamat. Semangat ialah daya penggerak kepada perniagaan.

2. Memandang masa hadapan dengan jelas . Pandangan seorang usahawan selalunya disokong oleh himpunan idea yang belum ada dalam pasaran.

3. Berkeupayaan untuk bekerja keras – Seorang usahawan sering mempunyai sikap mabuk kerja atau ‘workaholic’ . Dia bekerja keras untuk merealisasikan impiannya.

4. Berfikiran positif - Seperti sikap hero dalam filem box office Barat yang sentiasa berfikir bahawa tindakannya tetap akan berjaya walaupun nampak seperti mustahil untuk dicapai.

5. Berani membuat keputusan – Keputusan memang sentiasa perlu dibuat dan dengan kadar segera. Lambat membuat keputusan bermakna setengah daripada jalan kegagalan sudah ditempah.

6. Bersikap optimistik – Yakin dengan kebolehan diri sendiri serta mengambil falsafah ” Masa kini ialah masa yang terbaik” dan ” Semua perkara boleh dilakukan”

7. Pandai mengatur strategi untuk menukar impian menjadi realiti.

8. Berani mengabil risiko secara berhemah – Risiko tetap wujud dalam semua situasi, cuma kadarnya berbeza-beza.

9. Melahirkan daya usaha niaga yang berterusan untuk mengatasi masalah

10. Bekerja sendiri – Usahawan sering mahu bekerja sendiri daripada bekerja di bawah sesuatu organisasi atau bekerja di bawah orang lain. Dia mungkin bekerja dengan seseorang untuk mendapatkan pengetahuan atau pengalaman untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidamtan buat suatu jangka masa yag pendek.

11 – 17 – kena beli buku sendirilah dan terokai berbagai ilmu yang dikongsi di dalam buku ini. Buku ‘Langkah Bijak Usahawan Terbilang ‘ terbitan Telaga Biru Sdn Bhd adalah hasil tulisan Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah dan Haji Muhammad Zakaria.

No comments: