Welcome to KPFEP


Motto

'Akauntan Menerajui Masa Hadapan'


Visi

'Memberi peluang kepada mahasiswa/i perakaunan untuk berinteraksi bersama badan-badan luar seperti badan profesional'


Misi

'Melahirkan mahasiswa/i yang berketerampilan, berdaya saing serta mampumengharungi cabaran arus globalisasi'

_____________________________________________________________

Monday, July 19, 2010

Merancakkan Semula Perniagaan

Bayangkan, dalam era perkembangan teknologi maklumat yang begitu pantas, anda masih menggunakan telefon bimbit model lama yang begitu popular suatu ketika dahulu, dan hampir semua orang pernah memilikinya. Tetapi jika sekarang ada orang yang masih setia memegangnya, tentu mereka bukan dalam kalangan yang mengikut trend. Bukan bermakna ia suatu penghinaan, tetapi sedikit sebanyak tentu terlintas dalam fikiran "memang ketinggalan zaman..."

Idea baharu akan memberi nafas baharu dalam perniagaan. Justeru, pengeluar model telefon bimbit tidak pernah duduk diam daripada usaha 'mengkosmetikkan' produk mereka. Walhal fungsi utama penggunaannya masih sama, hanya untuk panggilan dan sms!

Tanpa idea baru, produk dan perniagaan anda akan kusam dan layu. Biarpun hanya menjual tiga jenis burger; ayam, daging dan banjo, anda sentiasa perlukan idea-idea baru untuk menjadikannya lebih menarik, sedap, dan diminati ramai.

Lihatlah kepelbagaian dan kreativiti mereka yang di luar sana. Anda pasti akan menemukan 'idea baru' yang boleh dicuba. Bukan pun mesti terlalu canggih atau 'vogue', yang penting ada pembaharuan. Pelanggan anda juga pasti akan menghargainya.

...by Dr. Ariffin..

No comments: